Posted on
24.April.2016 by: Fidahlasim
DZIKIR NAFAS SEBAGAI SARANA IHSAN DENGAN ALLAH
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian-pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta
Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan?Ihsan itu ialah
menyedari Allah setiap masa (sadar Allah) dengan cara
dzikirullah.Maksud Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar
bin Khattab itu pula ialah bahawa "kamu menyembah Allah
seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka
sesungguhnya Dia melihat kamu." Yakni, mengabdikan diri kepada Allah
hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada
perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu.
Maksudnya ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.
Berihsan dengan cara dzikir nafas (menggunakan pernafasan sebagai alat
untuk berdzikir).Sebagaimana yang dijelaskan oleh penyampai ilmu dzikir nafas
yang arif lagi dimuliakan Bapak Setiyo Purwanto iaitu ketika masuk
nafas kita menyebut Huu dan ketika keluar nafas Allah . Dengan dzikir nafas
kita dapat sentiasa menyedari Allah yang dekat (sadar Allah) walau dimana jua
kita berada dan pada situasi apa yang sedang kita lakukan dengan
mudah.(InsyaAllah)
Di
bawah adalah surah-surah yang menerangkan tentang pentingnya kesadaran ke Allah
terkandung dalam firman-firman yang diterakan dibawah.
Firman
Allah SWT di dalam Surah Al A’raf, Ayat 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu
dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar
perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan
petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Firman
Allah SWT di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 41-42:
Wahai
orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta
sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; (41) Dan
bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. (42)
Firman Allah
SWT di dalam Surah Al-Baqarah: 186
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),
bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).
Ilmu Dzikir Nafas adalah
ilmu yang hebat dan tidak semua orang memilikinya. Ada insan yang sanggup bersusah-payah semata-mata
mahu mendapatkan ilmu yang satu ini dengan niat bertaqarub ke hadrat Allah SWT
dalam ertikata lain mengharapkan ilmu yang benar dan telah diamalkan oleh para
Wali Allah. Ternyata mengamalkan dzikir nafas semakin digali semakin luas
pahaman. Hanya Allah SWT yang dapat memberi kepahaman kepada kita
(berguru kepada Allah).
Dzikir
nafas melatih agar kita menunaikan solat dengan khusyuk.
Latihan sewaktu posisi duduk dzikir nafas memberi kesan yang efektif
mengosongkan diri ..Fikiran dengan mudah dapat diabaikan sewaktu solat dan
jiwa lebih senang berserah kepada Allah.Selain daripada itu dzikir nafas banyak
memberi pelbagai manfaat yang luar biasa . Pelajaran daya nafas itu
sendiri cukup membuktikan bahawa manusia itu tiada daya dan upaya melainkan
semuanya dengan izin dan pertolongan Allah.
“La haula wala
quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim” – Tiada daya dan upaya melainkan dengan
izin dan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Mulia.Untuk memahami konteks Daya Ilahiyah ini kita
amalkan dzikir nafas sebagai sarana berihsan dengan Allah. InsyaAllah
mudah-mudahan kita difahamkan Allah dengan lebih jelas .Amiin Ya
Rabbal Alamin.